I changed my font at scrappinblogs.blogspot.com

Tuesday, May 25, 2010

Apa Itu Cloth Diaper

Apa Itu Cloth Diaper



Mungkin ramai ibu yang tertanya-tanya apa itu cloth diaper (CD) dan mungkin pernah dengar tapi tak tahu cara nak guna dan menguruskan CD ni . Disini saya nak terangkan pada ibu-ibu dan bakal ibu apa itu cloth diaper dan kelebihannya.Dalam bahasa mudahnya, cloth diaper adalah lampin kain atau lebih canggih lagi ..lampin kain moden yang dulunya kita panggil napkin telah di upgrade sehingga mampu berfungsi seakan-akan lampin bayi pakai buang dan yang paling penting sekali boleh dibasuh dan dipakai semula! semestinya sungguh menjimatkan...Kelebihannya?
  • Penjimatan untuk jangka panjang, kepada yg mempunyai anak yang ramai dan bakal memilikinya di mana CD ini boleh disimpan dan digunakan untuk anak yg seterusnya.
  • Ianya juga dapat membantu dalam mengurangkan pencemaran alam sekitar,
  • Kesihatan anak lebih terjamin kerana tidak terdedah kepada bahan kimia yang terkandung dalam lampin pakai buang
  • Bayi anda kelihatan sungguh comel bila dipakaikan dgn CD ditambah dengan pilihan dalam pelbagai corak,warna dan saiz.
Senang tak dipakai?Senang sahaja. Masukkan insert dalam poket (untuk cloth diaper berpoket) dan pakaikan diaper tersebut pada bayi..sama macam kita pakai lampin pakai buang..& skarang ni dah ader CD jenis AIO cara yg sungguh menyenangkan di mana insert dah dijahit sekali dalam diapers ni.





Jadi bolelah terus pakaikan pada baby!Macam mana?Mudahkan!!Macam mana nak basuh?Senang sungguh nak dibasuh. Caranya sama dengan kita basuh baju anak kita hari-hari cuma jangan gunakan pencuci yang ada bahan peluntur, softener dan enzim sebab akan cepat merosakkan diaper dan menyebabkan sensitif pada kulit bayi. Bagi ibu yang mempunyai anak-anak kulit sensitif ingat2 yea..Sabun yang biasa digunakan Pureen HAD kerana lembut pada kulit bayi. Selepas dibasuh seeloknya disidai dibawah cahaya matahari kalau nak sidai malam pun boleh, bila diangkat dari penyidai biarkan ia sejuk dahulu sebelum masukkan insert untuk elakkan elastik daripada terputus.Yang paling penting, bagi yang baru mula nak guna CD, sila pre wash CD sekurang-kurangnya 2-3 kali agar daya serapan bertambah baik.




 PENJIMATAN LUAR BIASA




Penjimatan kos dengan menggunakan CD dapat dilihat dalam perbandingan di bawah:


Jika menggunakan DD(Disposable diapers@lampin pakai buang) :
Baby akan menggunakan 7  keping DD sehari pada kos RM0.60 setiap satu (kos standard DD)

RM0.60 X 7= RM4.20 sehariRM4.20 X 365 hari= RM1533 setahunRM1533 X 3 = RM4599 untuk 3 tahun
 Anda  perlu mengeluarkan jumlah wang yang sama untuk anak yang kedua, ketiga dan seterusnya........

Jika menggunakan lampin kain/cloth diaper (CD):

Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 12 helai CD jika bekerja dan mencucinya setiap hari. (bagi surirumah sepenuh masa atau yang mempunyai pembantu rumah, bilangan minimum yang diperlukan adalah kurang dari 10 helai kerana boleh terus dibasuh apabila menggantikannya). Untuk keselesaan, anda boleh membeli lebih insert secara berasingan.

Sehelai lampin CD: RM35 (paling murah untuk yang 1 insert)Beli 12 helai: 12 X RM 35 = RM420Beli 24 helai: 24 X RM35 = RM840

****(lebih banyak lampin, lebih tahan lama kerana lambat lusuh)****

Kos kekal sepanjang 3 tahun & boleh menggunakan lampin yang sama sekiranya ingin menambah lagi ahli keluarga..heheheh.

Penjimatan : RM4599 (DD) - RM840 (CD) = RM3759 Penjimatan Luar biasa!!!





CARA CUCI CLOTH DIAPER




Masa mula-mula memperkenalkan cloth diaper kat kawan-kawan di opis, ramai yang cakap mereka belum bersedia dari segi mental dan fizikal.. Sebabnya mereka belum bersedia atau dalam kata lain belum rajin lagi nak basuh pee pee atau poo poo kat cloth diaper..

Jadi, untuk menunjukkan betapa mudahnya mencuci CD, sila ikuti panduan di bawah:-



1. Baru beli

Pertama kali dapat CD, prewash dulu CD anda (sekurang-kurangnya 3 kali sebelum digunakan). Ini bagi mengelakkan leaking kerana semakin banyak anda basuh semakin baik daya serapan CD anda. Gunakan hanya 1/4 sukatan sabun pencuci. Gunakan pencuci yang kurang buih, tiada enzim (contoh enzim pewangi atau enzim pemutih) kerana sesetengah bayi mempunyai kulit yang sangat sensitif.



2. Pee pee

Kalau kene pee pee (kencing..)? Bilas dan boleh terus dibasuh dgn tangan. Jangan gunakan berus.. gosok2 dengan tangan je (gosok manja gitu). Seperti prewash, kurangkan juga sukatan pencuci kepada ¼ shj. Tak gunakan sabun pun boleh.. yang penting bilas bersih2 dengan air yang banyak. Atau cara yang mudah, masukkan ke dalam mesin basuh. Seeloknya gunakan laundry net bagi menjaga ketahanan CD.



3. Poo Poo

Untuk CD yang ada poo poo (air besar). Buang poo poo ke dalam mangkuk tandas. Lepas tu jirus/sembur dengan air sampai hilang warna dan rupa. Rendam sekejap pun boleh.. tapi jangan lama sangat. Kemudian masukkan dalam mesin basuh. Jangan lupa gunakan laundry net.

PENTING!

Elakkan menggunakan peluntur (cth. clorox) atau pelembut (softener) kerana 'softener' boleh mengurangkan daya serapan dan ‘clorox’ boleh merosakkan cloth diaper.




PETUA:
  • Anda boleh menggunakan cecair basuh pinggan (contohnya 'Sunlight') pada 'microfleece' untuk menanggalkan warna kekuningan (kesan poo-poo) sekiranya ada. Andaikata CD tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian. Simpan tidak boleh lebih dari 3 hari


  • Bagi insert pula, sekiranya sudah lama digunakan dan nampak kekuningan, boleh perahkan limau nipis pada insert yang basah dan tinggalkan seketika sebelum dibasuh, ataupun boleh campurkan sedikit soda bikabonat semasa membasuh kemudian dibilas dengan air yang dicampurkan dengan sedikit cuka tetapi JANGAN dibuat pada cloth diaper kerana cuka boleh merosakkan PUL (material sebelah luar cloth diaper) yang boleh mengakibatkan kebocoran. Jangan risau, kekuningan ini juga boleh hilang apabila dijemur ditengah panas matahari atau pun setelah 'insert' dibasuh berulang kali. Matahari adalah peluntur yang terbaik juga.


  • Sebulan sekali, lakukan 'stripping' iaitu dengan membersihkan bahagian dalam dan luar 'microfleece' dengan sabun basuh pinggan yang elok kuasa tanggal minyaknya contohnya 'Sunlight', kemudian dibilas bersih-bersih supaya 'microfleece' dapat berfungsi dengan baik.


  • Biasanya apabila CD sudah lama digunakan dan nampak seperti 'microfleece' kurang menyerap dan air kencing keluar mengikut tepi cloth diaper, maknanya 'stripping' perlu dilakukan untuk mengeluarkan kekotoran halus atau mendapan sabun yang mungkin terperangkap pada 'microfleece'.

**Pastikan CD dan insert dijemur di bawah matahari untuk
    memastikan ianya kering dengan baik.